Tiga tahun selepas diumumkan pada 2019, kerja-kerja pembinaan projek Aliran Transit Autonomous – ART – Sarawak secara rasminya dimulakan pada Jumaat.<br /><br />Projek yang menjadi sebahagian daripada Sistem Pengangkutan Bandar Kuching atau KUTS itu dirasmikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kawasan depot ART Di Rembus, Samarahan.